Saturday, December 24, 2011

pengumuman yusri dan lisa surihani



1059hrs – Ramai pihak media sudah berada di’sini menikmati sarapan pagi. Masih tiada kelibat Yusry KRU atau Lisa Surihani.
1115hrs – Pihak media sudah di’iringi masuk ke dewan utama di’mana acara pengumuman khas akan di’katakan. Dramatik.
1117hrs – Ahli keluarga Yusry KRU bersama pasangan kekasih ini masuk ke dewan mengambil tempat. Juga ibu Lisa Surihani.
1121hrs – Yusry KRU on mic. Kata sidang media ini perlu untuk berlaku adil untuk semua media.
1122hrs – Yusry KRY akui yang keluarga beliau sudah mengunjungi keluarga Lisa Surihani untuk menghantar tanda. Dan, majlis sidang media pengumuman khas ini memang untuk mengumumkan tarikh pernikahan mereka.
1130hrs – Yusry KRU & Lisa Surihani akan bernikah pada 23 Februari 2012 dan akan menjalankan resepsi perkahwinan pada 26 Februari 2012.
Majlis pernikahan Yusry KRU & Lisa Surihani akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan resepsi perkahwinan akan di’adakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
1131hrs – Yusry KRU berkata mereka mengenal hati budi menerusi BBM (Blackberry Messenger) dan mereka sebenarnya serius dalam hubungan ini sejak berkenalan.
Lisa Surihani memberitahu yang Yusry KRU pada awal perkenalan tidakflirting (mengorat, dalam Bahasa Rempit) dan hubungan mereka bermula dengan perbualan berkisar tentang kerja — dan matang.
1136hrs – Menjawab soalan tentang hak penyiaran majlis perkahwinan yang di’khabarkan berada di tangan Astro, Yusry KRU berkata beliau tidak boleh menjawab soalan ini secara langsung.
1142hrs – Berkenaan penaja, Yusry KRU berkata mereka masih belum berbincang dengan mana mana pihak tetapi tidak menolak sebarang tawaran tetapi masih mahukan majlis perkahwinan yang simple but elegant.
1145hrs – Seorang wartawan melontarkan soalan tentang apa sebenarnya yang Lisa Surihani lakukan sehingga boleh membuatkan Yusry KRU menjadi seorang lelaki yang sangat gembira.
Yusry KRU memberitahu yang mereka sebenarnya saling mencintai sepenuh jiwa antara satu sama lain dan sikap Lisa Surihani yang sentiasa menyokong kerjaya beliau.
semoga lisa dah yusri berbahagia yer. tahniah buat lisa dan yusri. :)
sumber dari ROTIKAYA

No comments: